Monday, 17 March 2014

Apa Sebenarnya Pencil.my?

Assalamualaikum semua,

Well, to make it short and easier to read, i would like to write it in point form..

S: Apa sebenarnya pencil.my ni? J: MLM

S: Boleh caya ke? J: Boleh

S: Ok ke? J: Pada saya tak

S: Kenapa awak cakap macam tu? J: Sebab saya ada eagle view tersendiri mengenai Pencil.my

S: Boleh terangkan? J: Pada saya Pencil.my tak lebih, tak kurang sama dengan Score-A. Walaupun mereka menafikan tak sama tapi saya still cakap sama.

S: Tapi diorang punya market luas, prospek besar, baru lagi kat Malaysia, 1st in the world bla bla bla..

JAWAPAN HARD CORE:

Pencil.my adalah syarikat fund raising company. Mereka bukannya nak jual sangat pin pendidikan tu meskipun saya rate produk diorg tu 80% sangat bagus. Tapi ramai yang tak nampak diorang just nak kutip ahli dapatkan duit tanpa mempedulikan jualan pin berjalan atau tak.

Setakat ini, saya dah pergi ceramah diorang, hampir berbelas-belas soalan saya tanya tapi jawapan still tak memuaskan hati. Dah setahun lancar baru satu sekolah pergi? Mustahil.

Saya tanya diorang, kenapa awak cari saya eh? Kenapa awak cari agent? Kenapa awak tak pergi je terus sekolah? Jawapan ni agak gagap dijawap, tapi dia masih cuba menjawab. Katanya nak tarik sebanyak mungkin agent untuk tolong menolong. Saya cakap awak dah salah orang ni, saya kalau buat benda ni, saya bagi all out, susah awak nak dapat sekolah area sini nanti..

Tadi awak cakap benda ni akan jadi wajib, so apsal takde sekolah yang dah beli mende ni? Dia gagal jawab.

Dan kalau mende ni akan diwajibkan di semua sekolah apsal perlukan agent2? Kenapa tak pusatkan pembelian secara online? Kan lagi mudah. Lagi sekali gagal jawap.

Masa agent ni terangkan pasal 9 bonus, saya cakap saya tak nak dengar pasal duit. Saya tak terkesan pun dengan duit bonus semua tu. Sekarang ni awak lompat bagi tau saya macamne saya nak tembusi sekolah terus. Dia gagal jawap.

Awak cakap ada 2 cara untuk sertai menda ni. Satu buat sale, satu cari org. Saya serius tak minat main perasaan pujuk 2 orang datang talk. Saya just nak buat sale. Terangkan. J: Kami takde yang expert bab pembentangan di sekolah, tapi ada sorang brader dah buat di Penang (klu tak silap).

Ok setkan masa, saya nak jumpa dia. Then salah sorang agent pun call brader tu sebab dia ada di area berdekatan. Tapi tak angkat telefon.



Banyak lagi nak tulis sebenarnya, tapi permulaan biar ni dulu. Nanti saya update berkenaan pembentang diorang, status kita, UpTrend, Score A dll...


Stay on this blog. Korang pasti tak nak tertipu kan? So stay sehingga saya update lagi.

Assalamualaikum..